Formula tatabahasa untuk memantapkan kemahiran tatabahasa anda - Cikgu BM Tingkatan 5

Hot

Post Top Ad

Monday, March 24, 2014

Formula tatabahasa untuk memantapkan kemahiran tatabahasa anda


Pembelajaran tatabahasa dalam Bahasa Melayu seperti Golongan Kata, Kata Nama, Kata Ganti, Kata Kerja, Kata Adjektif, Kata Hubung, Kata Seru, Kata Tanya, Kata Perintah, Kata Pangkal Ayat, Kata Bantu, Kata Penguat, Kata Penegas, Kata Nafi, Kata Pemeri, Kata Sendi Nama, Sendi 2, Kata Pembenar, Kata Bilangan, Kata Keterangan, Kata Arah, Pengimbuhan, Pengandaan, Ayat Inti, Ayat Majmuk, Ayat Aktif, Ayat Pasif, Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah, Ayat Seruan, Sinonim, Antonim, Kata Banyak Makna, Penjodoh Bilangan, Tanda Baca, Simpulan Bahasa, Perumpamaan Pepatah dan sebagainya.


1. pecahan  –  ditulis di akhir ayat bukan di tengah
1. dua setengah kilogram ( X )
2. dua kilogram setengah      (√ )
3. tiga setengah minit  ( X )
4. lima liter suku  (√ )
5. tiga suku jam  ( X )


2. ayat pasif ( kata ganti nama 1, 2  tiada oleh , di KGN 3 ada di..oleh )
1. Roti itu dimakan oleh saya. ( X )
2. Roti itu saya makan. (√ )
3. Roti itu kamu makan.   (√ )
4. Roti itu dimakan oleh mereka.   (√ )
5. Roti itu mereka makan.    ( X )


3. membuat  /   berbuat   =   abstrak / bukan benda
1. Jangan membuat bising. ( X )
2. Jangan berbuat bising.  (√ )
3. berbuat begitu (√ )
4. membuat begitu   ( X )
5. berbuat demikian (√ )


4. antara (bukan tempat)/di antara (tempat) 
1. Antara hobi saya ialah membaca buku. (√)
2. Di antara hobi saya ialah membaca buku. ( X)
3. Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga. (√)
4. Fatihah duduk di antara Julia dengan Mariam. (√)
5. (Antara alat-alat ) tulis yang dibeli olehnya ialah  pensel, pembaris, pen dan pemadam. ( X)(Terdapat kesalahan dari segi jamak)



5. di dalam  ( lubang / ruang )  / dalam ( abstrak / tidak nampak)
1. di dalam ingatannya ( X)
2. dalam ingatannya (√)
3. di dalam bilik (√)
4. dalam mesyuarat (√)
5. di dalam hatinya  ( X)


6. ialah  ( kata nama) / adalah  (kata sendi, kata adjektif) 
** Kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja.
1.Ramli ialah abang saya.(√ )
2.Ramli adalah abang saya.( X )
3.Mesyuarat itu  adalah dari pukul 8:00 pagihingga 10:00 pagi.  (√ )
4.Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa toksik oleh pihak kilang. (√ )
5.Hobi saya adalah bermain badminton.( X )
6.Hobi saya bermain badminton(√ )
7.Punca-punca penyakit asma dalam kalangan kanak-kanak ialah menonton televisyen terlampau kerap( X )
8.Punca-punca penyakit asma dalam kalangan kanak- kanak adalah menonton televisyen terlampau kerap( X )
9.Punca-punca penyakit asma dalam kalangan kanak- kanak adalah kerana menonton menonton televisyen terlampau kerap. (√ )




7. _____  jangan  =  ( Harap sahaja yang boleh berfungsi
**  Harap berfungsi untuk melembutkan ayat larangan. 
1.Harap jangan merokok. (√)
2.Sila jangan merokok. ( X )(Kata silaan tidak sesuai - tidak membawa maksud larangan)
3.Tolong jangan merokok. ( X )
4. Usah jangan merokok.( X )
5.Jangan merokok.(√)


8. meN-…-i (orang) / meN-…-kan (benda)
1.menasihati Ali (√ )
2.menasihatkan Ali( X )
3.menghidangkan tetamu ( X )
4.menghidangkan nasi lemak(√ )
5.menaiki bendera( X )


9. (orang) di-…-i (benda) / (benda)  di-…-kan  (orang) 
1.Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah.(√ )
2.Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan.( X )
3.Fatimah dihadiahi pingat kecemerlangan.(√ )
4.Menteri  itu dianugerahkan pingat kebesaran. ( X )
5.Pingat kebesaran dianugerahkan kepada menteri itu.(√ )

10. memper (kata adjektif) / memper-…-kan
(kata kerja)
1.memperdalamkan lubang itu( X )
2.memperdalam lubang itu(√ )
3. mendalamkan lubang itu(√ )
4.memperkatakan  hal itu (√ )
5.memperkata hal itu( X )

Contoh soalan tatabahasa

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot