Formula tatabahasa untuk memantapkan kemahiran tatabahasa anda - 2


Pembelajaran tatabahasa dalam Bahasa Melayu seperti Golongan Kata, Kata Nama, Kata Ganti, Kata Kerja, Kata Adjektif, Kata Hubung, Kata Seru, Kata Tanya, Kata Perintah, Kata Pangkal Ayat, Kata Bantu, Kata Penguat, Kata Penegas, Kata Nafi, Kata Pemeri, Kata Sendi Nama, Sendi 2, Kata Pembenar, Kata Bilangan, Kata Keterangan, Kata Arah, Pengimbuhan, Pengandaan, Ayat Inti, Ayat Majmuk, Ayat Aktif, Ayat Pasif, Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah, Ayat Seruan, Sinonim, Antonim, Kata Banyak Makna, Penjodoh Bilangan, Tanda Baca, Simpulan Bahasa, Perumpamaan Pepatah dan sebagainya. 


11.
memperisterikan  (mengahwinkan orang lain) 


memperisteri  (berkahwin dengannya)


1
Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung.
x

2
Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung.
/

3
Haji Isa memperisterikan anak lelakinya dengan seorang gadis kampung.
/

4
Haji Isa memperisteri anak lelakinya dengan seorang gadis kampung.
x

5
Haji Isa mempersuamikan anak daranya dengan seorang pemuda kampung.
/


12
meN-…-kan  (orang)  =  buat/beli untuk orang lain


1
Siti Nurhaliza membuatkan ayahnya secawan teh.
/

2
Siti Nurhaliza membuat ayahnya secawan teh.
x

3
Kakak menjahitkan ibunya sepasang baju kurung.
/

4
Kakak menjahit ibunya sepasang baju kurung
x

5
Kakak menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya.
/

13
kata bilangan ‘ber’   = 2X  ( perlu digandakan 2 kali)


1
berpuluh tahun
x

2
berpuluh-puluh tahun
/

3
beribu-ribu penonton
/

4
beribu penonton
x

5
ribuan penonton
/

14
kata bilangan ‘ ke ’ =   2X , tidak perlu penjodoh bilangan ( Kata bilangan boleh perlu ada  penjodoh bilangan kecuali beberapa)


1
kedua-dua anaknya
/

2
kedua anaknya
x

3
anaknya yang kedua
/

4
ketiga-tiga ekor kucing itu
Lebih tepat

5
ketiga-tiga kucing itu  
/


15
kata bilangan =  B  1 ( Kata bermaksud jamak tidak perlu gandaan )


1
semua murid-murid
x

2
semua murid  
/

3
para pelajar    
/

4
semua kanak-kanak
/

5
ramai budak
/

16
ramai ( meriah/seronok/ suasana)    /   banyak (bilangan / bukan suasana)


1
Ramai pelanggan di pasar raya itu. 
/

2
Banyak  pelanggan di pasar raya itu.
x

3
Ramai orang menonton konsert nasyid itu.
/

4
Orang ramai menonton  konsert nasyid itu.
/

5
Ustaz Aqil Hayy mempunyai banyak peminat
/

17
MeN-…-kan (tidak perlu ada kata sendi / kata hubung)  KKT – Terus ber........... (boleh ada kata sendi) KKTT – tidak perlu objek
1
Cikgu Norida menceritakan tentang pengalamannya.
x
2
Cikgu Norida menceritakan pengalamannya.
/
3
Cikgu Norida bercerita tentang pengalamannya.
/
4
Hambali sentiasa memikirkan masalah dirinya. 
/
5
Hambali sentiasa berfikir masalah dirinya. 
x

18
kata bantu dalam ayat pasif = SEBELUM ORANG
1
Wau itu akan saya buat.
x
2
Wau itu saya akan buat.
/
3
Surat itu telah saya tulis.
/
4
Surat itu saya telah tulis. 
/
5
Orang gila itu  pernah kamu lihat? 
x

19
sebab   (KATA NAMA ABSTRAK)  kerana / oleh sebab ( KATA HUBUNG) /  oleh kerana  (TIADA dalam b. Melayu)
1
Jalil tidak datang ke sekolah sebab demam.  
x
2
Jalil tidak datang ke sekolah kerana  demam.
/
3
Jalil tidak datang ke sekolah oleh sebab demam.
/
4
Jalil tidak datang ke sekolah oleh kerana demam.
x
5
0leh sebab demam Jalil tidak datang ke sekolah.  
/


20
 ia = ORANG
1
Saya ada seekor kucing. Ia bernama Si Comel.
x
2
Saya ada seekor kucing yang bernama Si Comel. 
/
3
Kamus itu sangat mahal. Ia berharga RM60.00.
x
4
Bersikap rajin amat penting kerana ia menjamin
kejayaan.
x
5
Kereta Savvy buatan Malaysia. Ianya sangat murah.
x

Contoh soalan Tatabahasa

Post a Comment

0 Comments

Ad Code